fbpx
Blog Penulisan

Update Status untuk marketing! Tapi jangan tersalah update.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Sekarang ini banyak media social mula meng-aktive-kan ruangan dimana penguna mampu untuk update status di media social.

Tapi tak ramai yang sedar keberkesanan untuk update status diruangan status tersebut. Boleh dikatakan hampir kebanyakkan peniaga telah merasakan kurang keberkesanannya untuk update status di ruangan tersebut.

Status Post

Sebelum kita mengkaji keberkesananya kita perlu fahami dahulu fungsi status post setiap media social.

Yang semua sedia maklum Facebook telah mengambil alih Instagram, dan juga whatsapp dimana semua fungsi yang dimiliki oleh facebook secara langsung ada di platform Instagram dan juga Whatsapp.

Fungsi status post untuk Facebook, Instagram dan juga whatsapp adalah hampir sama hampir 95%. Jadi apakah fungsinya kepada peniaga?

  • Promosi bertempoh
  • Highligh Product dan Promosi
  • Memudahkan dan mempercepatkan pelangan untuk mengetahui produk ditawarkan.
  • Pengiklanan mudah dan senang (tak perlukan kemahiran editing)

Salah yang selalu dilakukan

Kerap kali kita melihat peniaga update status di rungan tersebut, dan hampir kebanyakannya gagal mendapatkan pulangan dari status yang di-update di rungan tersebut. Kenapa?

Kerana, ruangan diberikan adalah hanya tertumpu kepada penguna yang bergabung. seperti contoh untuk seseorg melihat post yang di update, penguna perlulah menjadi rakan, atau perlu menambah nombor telefon di contact supaya semua status boleh dilihat.

Apakah kaedah yang boleh diparktikkan?

Fungsi status post ini hanya boleh digunakan untuk pelangan sedia ada seperti promosi istimewa khas untuk pelangan sedia ada. kerana kebanyakan pelangan sedia ada telah mengjadi rakan di media social kita atau telah menambah nombor telefon kita di handfon mereka. Jadi keberkesanan untuk mereka melihat status lebih tinggi. Ianya tidak sesuai untuk mencari perlangan baru.

Disebabkan post status ini bersifat 24jam sahaja, lebih berkesan jika digunakan untuk promosi yang bersifat 24 jam. Seperti contoh:

Promosi untuk hari ini sahaja.

Dapatkan Landing Page perniagaan anda sendiri dengan harga RM 96 sahaja.

Untuk promosi-promosi ini sesuai untuk di post di ruangan status kerana ianya akan hilang dalam tempoh 24 jam selepas post di update. Jadi untuk pelangan yang melihat post tersebut boleh mendapatkan promosi itu dan ianya lebih mudah untuk peniaga ketahui tempoh masa promosi tersebut masih lagi sah digunakan atau tidak.

Kesimpulanya

Tak ramai peniaga mengkaji keberkesanan promosi mereka dan cara marketing mereka. Mengakibatkan promosi yang mereka lakukan gagal dan kurang keberkesanannya.

Hakikat sebenar adalah mereka melakukan kesalah dan sentiasa meneruskannya tanpa memikirkan akibat dan sebab kegagalannya itu.

Kongsikan Blog Penulisan kami kepada rakan-rakan anda untuk berkongsi ilmu yang diberikan.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply

Langgan Blog Penulisan kami

Ikuti perkembangan terkini, promosi dan pelbagai info terkini daripada kami. Jadi yang pertama mendapat info terkini daripada kami. Lengkapkan borang sekarang!