fbpx
Blog Penulisan

Setup Fanpage yang memukau untuk meningkatkan sales anda

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Terus terang saya katakan, teknik untuk setup ads, bayar dan berdoa untuk conversations sudah tidak relevan untuk digunakan.

Ads zaman sekarang perlukan lebih banyak engagement, dan setiap engagement pelukan element yang lebih diperakui dan dipercayai.

Pokoknya, anda perlu membina hubungan dan kepercayaan dengan prospek atau pelangan anda terlebih dahulu sebelum anda dapat menjana pendapatan anda sendiri!

Bagaimana untuk membina hubungan dengan pembeli? Biasanya saya akan berbuat demikian melalui Fanpage atau istilah mudah Facebook Page. Saya pasti ramai yang sudah mahir dengan selok belok untuk membuat FB page, jadi saya berikan beberapa tips penting ketika membuat Fanpage supaya ianya menarik dan memukau pembeli.

Pertama : Profile dan Cover image.

Front page anda ibarat pintu depan kedai anda. Jika ianya menarik nampak ceria, semestinya ia akan menarik lebih ramai orang untuk melawat. Pastikan anda mengunakan gambar yang melambangkan perniagaan anda. Jika anda menjual produk kecantikan, ambil gambar promotional produk tersebut dan letak di cover image. Pastikan element penting pada product anda dinaikkan dan menonjol supaya menarik minat pelawat untuk membeli.

Profile image sebaiknya diisi dengan logo. Jika perniagaan anda belum mempunyai logo, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kami untuk membuat logo >> Tekan sini <<. Logo merupakan lambang dan identiti sesuatu perniagaan. Pemilihan logo yang tepat juga mampu meningkatkan keyakinan pembeli.

Peniaga kini boleh mendaftar dengan SSM Biztrust untuk mendapatkan kepercayaan dari pembeli. inesetif  dari kerajaan yang membantu peniaga untuk meningkatkan kepercayaan dari pembeli. Dimana semua peniaga yang berdaftar dengan BizTrust adalah peniaga yang diperakui sah dari segi peraturan perniagaan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pendaftaran BizTrust Masih lagi dibuka secara percuma dan tiada bayaran dikenakan sehingga 30 December 2020. >> Tekan Sini << untuk mendaftar secara percuma.

Kedua : Isi About detail dengan teliti.

Ramai orang tidak mengambil berat dengan proses setup fanpage, kerana terkejar-kejar nak pasang ads dan start menjual. Jangan buat kesilapan Rookie ni!

Isi dengan teliti, luangkan masa dan fikirkan tentang deskripsi fanpage anda. Saya suka menggunakan format ‘Soalan, Jawapan, Call To Action’

Contoh:
Anda ingin kurus 5kg dalam 2 minggu? Ketahui rahsia Jamu Pelangsing XXX. PM kami untuk tawaran khas! Dah jenuh mencuba affiliate marketing? Jana RM1407 dalam 30 hari menggunakan teknik saya! Klik LIKE sekarang!

Pastikan juga anda memilih topik yang sesuai – FB akan menunjukkan fanpage anda kepada mereka yang ‘like’ topik-topik yang anda pilih, jadi pilih dengan teliti. Selain itu pastikan juga anda mengisi seberapa teliti
yang boleh di bahagian lain. Bahagian-bahagian lain ini berkaitan dengan SEO, iaitu kedudukan anda dalam Google search. Isi dengan teliti, dan anda lebih mudah dijumpai melalui Google.

Ketiga: Post Informasi/Sharing Berguna.

Salah satu cara untuk anda membina trust dengan prospek anda adalah menonjolkan diri anda sebagai seorang ‘expert’. Jika anda dapat menunjukkan yang anda tahu lebih banyak tentang sesuatu perkara dari
prospek anda, mereka akan follow anda. Untuk menunjukkan yang anda mahir dalam sesuatu, pastikan anda menulis post berkongsi tips, atau
panduan tentang sesuatu perkara. Ia tidak perlu panjang, tetapi cukup untuk share dan membantu prospek anda. Keep it simple.

Tapi jangan silap share kerana bukan semua info boleh dikongsikan sewenang-wenangnya. Pastikan maklumat atau info dikongsikan itu adalah betul dan diperakui. Elakan kongi maklumat yang tidak pasti kerana ianya akan memberi kesan negatif kepada fan page anda.

Untuk permulaan, sasarkan untuk menulis dalam 4-5 post, dan sertakan post tersebut dengan gambar-gambar menarik yang akan membantu menarik perhatian prospek anda apabila mereka melayari fanpage anda. Antara post-post yang saya suka share di page saya:

  • Tips & Panduan
  • Petikan Kata-kata motivasi
  • Testimoni customer
  • Promosi atau aktiviti terkini perniagaan

Kesimpulanya.

Media social adalah salah satu platform untuk kita membina rangkaian perniagaan. Bergantung sepenuhnya kepada media social untuk pernigaan adalah amat tidak digalakan kerana pengurusan media social sentiasa berubah-ubah dan tidak mampu dikawal sendiri.

Laman Web Peribadi alah salah satu cara terbaik unutk kita mendirikan perniagaan kerana ianya di jaga dan dikawal sepenuhnya oleh pernigaan atau peribadi itu sendiri. Bina Networking dari media social, dan alihkan pembeli ke laman web.

Perlukan laman web untuk perniagaan anda dengan harga mampu milik? >> Hubungi Kami << kami menyediakan pelbagai pakej menarik mengikuti budget tahunan perniagaan anda.

Kongsikan Blog Penulisan kami kepada rakan-rakan anda untuk berkongsi ilmu yang diberikan.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply

Langgan Blog Penulisan kami

Ikuti perkembangan terkini, promosi dan pelbagai info terkini daripada kami. Jadi yang pertama mendapat info terkini daripada kami. Lengkapkan borang sekarang!